Photobucket


..::Ceritera Seorang AKU::..



Sekadar ingin dikenali sebagai
{@} Ukhti Hasni {@}
{@} Puteri Iman {@}
{@} Kak Yong (KBM) {@}
{@} IsmiHasni {@}



Tentang Seorang Mara'ah...

"Aku hanyalah seorang insan yang berkelana di bumi Tuhan dalam kembara mencari cinta yang sebenar. Aku percaya andai aku bertemu cinta yang terAgung, hidupku akan cukup bahagia biar apa jua dugaan dan rintangan yang melanda... Demi-Nya, aku hidup di dunia ini... Kerana cinta-NYA, aku menjadi pemburu... Pemburu Cinta TerAgung... "



..::IKIM.fm::..



Nak dengar radio IKIM.fm? Klik ikon 'PLAY'









..::Bila Hati Berbicara::..





..::Searching 4 The True Love::..





..::Bicara Tilmizah::..





..::Buletin::..





..::Bicara Buat Muslimah::..





Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

..::Usrah JIM::..

::Indahnya Hidup Ini::

..::Laporan KBM-KL::..



..::JIM's Connection::..



..::KBM's LINK::..



..::Tautan Ukhuwwah::..




..::KBM-KL Advertisement::..

Jadual KBM -
Keindahan Bersama Mu
kawasan Kuala Lumpur/Selangor .

Satu lagi projek kemasyarakatan
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) -
'Bersama Islam Membina Masyarakat'

"Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"

Photobucket - Video and Image Hosting
KBM Bkt Sentosa
Masjid Bkt Sentosa

5-6 Julai 2008
(SELESAI)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM DUN Hulu Klang
Dewan Tmn Keramat

12-13 Julai 2008
(SELESAI)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM PJ
Taman Medan, PJ

26-27 Julai 2008
(TERDEKAT)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM Cheras Jaya
SMK Cheras Jaya

26-27 Julai 2008
(TERDEKAT)









..::My Sites::..

Free Talk

::Kegagalan atau Ujian?::
::Sahabat, Teman, Kawan atau Member?::
::Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?::
::Sehari Di RS::
::Love is Blind... ::
::Bingkai Kehidupan Remaja Palestine::
::Nilai RM5::
::Pertembungan Dua Dunia::
::Lambaian 2007::
::Berita Baik Vs Buruk::
::Ulangtahun Kelahiran Ke-23::



Bicara Novel

::Lama tak berkarya::
::Buku Baru Hlovate::


..::Tautan Ukhuwah::..



..::e-Novel Best::..




..::Nasyeed::..




..::Islamic Pages::..




..::Katalog Buku::..




..::Minda Tokoh::..




..::Komuniti::..




..::Karya Online::..





Album Gambar





Short Movie


..::Upin & Ipin::..

::Episod 1~Esok Puasa::
::Episod 2~Dugaan::
::Episod 3~Nikmat::
::Episod 4~Terawih::
::Episod 5~Esok Hari Raya::
::Episod 6~Raya::



Motivasi


..::Sejenak Bersama Dr Fadzilah::..

::Langkah Bijak Pelajar Terbilang::
::Langkah Bijak Guru Terbilang::
::Menerobos Sempadan Diri::
::Formula::



Bicara Ad-Din


..::Sejenak Bersama Dr Danial::..

Photobucket


::Ilmu Sebagai Peluru dan Penangkis::
::Ilmu Pintu Gerbang Segala Kebaikan::
::Sebuah Epilog::


..::Kalendar::..




..::Taqwim Solat::..




..::Time is Precious::..



My Japanese name is Shizuka Higashikuni.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.





..::Halwa Telinga::..



Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa





..::Status YM::..



Ukhti Hasni





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, November 02, 2007
..::Sehari Di Raudhatus Sakinah::..

Alhamdulillah...pada 6 Oktober yang lalu aku dan sahabat-sahabat ALC (Arabic Language Club) dengan kerjasama rakan-rakan dari BCC (Business Communication Club) telah melawat Raudhatus Sakinah, sebuah rumah bimbingan untuk remaja perempuan di bawah kelolaan JIM (Jamaah Islah Malaysia) Selangor.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sewaktu sesi taklimat di perkarangan lobi IIC

Rombongan kami (sebuah bas, 3 buah kereta - aku naik kereta Ustazah Idha) bertolak dari kolej tepat jam 11.00 pagi. Jam 11.35 pagi kami tiba ke Raudhatus Sakinah yang terletak di Kg Kubu Gajah, Sg Buloh. Objektif lawatan kami adalah untuk melakukan kerja amal dan memberikan sedikit sumbangan yang kami perolehi semasa program Ihya Ramadhan di kolej kepada pihak pengurusan Raudhatus Sakinah (RS). Setibanya kami di RS, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan menyediakan juadah berbuka, kumpulan mengemas bahagian dalam RS, kumpulan yang mengemas bahagian luar RS, dan kumpulan yang mengecat pagar RS.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sahabat ALC sedang bertungkus lumus menyediakan juadah berbuka puasa.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Bergotong-royong mengecat pagar di kawasan RS.


Aku agak terkejut kerana rata-rata pelatih RS terdiri dari remaja belasan tahun dan awal 20-an. Yang paling muda berusia 13 tahun dan yang paling tua berusia 24 tahun. Kebanyakan dari mereka ditempatkan di RS atas sebab mengandung di luar nikah dan masalah sosial yang tidak terkawal. Pada hari yang sama, kami dimaklumkan bahawa seorang pelatih RS baru 3 hari melahirkan seorang bayi perempuan. Perasaan sedih dan simpati menyelubungi kami tatkala melihat wajah anak kecil yang tidak berdosa itu. Bagaimanakah nanti masa depannya?

Antara pelatih yang sempat aku beramah mesra, Ira (bkn nama sbnr) berusia 15 tahun dan ditempatkan di RS kerana ditangkap khalwat di sebuah hotel. Ira hampir genap setahun tinggal di RS. Dura (bukan nama sebenar) 23 tahun dimasukkan ke RS kerana gejala murtad. Yaya (bukan nama sebenar) 20 tahun telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang kini telah diserahkan kepada sebuah keluarga angkat. Apa yang cukup mengagumkan aku, setelah mereka dimasukkan ke RS, begitu besar perubahan pada diri mereka. Setiap hari mereka dilatih bangun jam 3.30 pagi untuk Qiamullail, puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis dan tadarus al-Qur'an. Rata-rata sahabat-sahabatku mengagumi perubahan mereka termasuk sahabat-sahabat rijal. Bagi mereka, walaupun pelatih-pelatih ini pernah membuat kesilapan...tetapi mereka lebih baik berbanding wanita-wanita di luar sana yang masih bergelumang dengan dosa. Sekurang-kurangnya mereka telah bertaubat. Apa yang cukup dikesalkan, ada segelintir masyarakat sekeliling yang memandang hina mereka ini dan ada juga keluarga yang membuang mereka. Seperti Ira, hari raya tahun ini merupakan hari raya keduanya di RS...dan sepanjang dia di RS, ibu dan ayahnya tidak pernah menjenguk hanya kakaknya pernah menjenguk sekali.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Solat berjemaah bersama-sama pelatih RS.

Kami menunaikan solat berjemaah bersama-sama pelatih RS dan selepas majlis berbuka puasa, kami bersama-sama menunaikan solat Terawih berjemaah yang diketuai oleh Bro Shah. Pengalaman sehari di RS cukup bermakna bagi kami dari ALC dan BCC. Apa yang telah terjadi kepada pelatih-pelatih di RS diharapkan dapat menjadi iktibar kepada semua. Setelah selesai solat sunat tarawikh berjemaah dan penyerahan sumbangan dari ALC dan BBC...kami semua bertolak pulang. Suasana sedih menyelubungi kami tatkala bersalaman dengan para pelatih. Azam kami keluarga ALC, kami akan berkunjung lagi ke RS. Harapanku, masyarakat tidak memandang hina mereka ini kerana tanpa sokongan kita, sukar untuk mereka meneruskan perjuangan mereka. Moga sinar hidayah terus menerangi hidup mereka...Amiin...

Salam sayang...Your Sister in Islam... Confused

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Warga ALC bergambar bersama Advisor Club, warden RS dan Ummi Noor.


Posted at 06:20 pm by IsmiHasni

atie
April 29, 2008   11:43 PM PDT
 
Assalamualaikum

agak terlewat nk komen part ni..tp mmg best pg sne..bkn best tgk org nyer..tp best tgk kdamaian dorg idup walaupun jauh dr keluarga..ad yg dsisih..tp mrk tabah setelah d buka ht utk btaubat..Insya Allah next Ramadhan akn bkunjung lg ke sane..x sbr rasenyer..d harap sahabat2 yg ad dulu sudah bjaya mnempuh idup d luar pula dan andai ad yg br msuk, d harap jln yg cerah mnanti mrk..amin..

p/s:..kite2 ni bile la nk btol2 btaubat...walau dosa x sbesar mrk...msih dosa jugaak..astaghfirullah...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry