...::Sahabat, Teman, Kawan atau Member?::..
Sahabat... insan yang sudi bersama-sama aku di kala susah dan senang... insan yang menerima diri ini seadanya...kelemahan dan kekurangan. Namun dalam mencari insan yang bergelar sahabat ini bukannya mudah. Bagi diri aku sendiri, aku cuba untuk menjadi seorang sahabat buat semua orang walaupun bukan semua orang bisa jadi seorang sahabat buat aku. Mungkin mereka itu sekadar teman, kawan mahupun member.

Sekadar gambar hiasan
Apa bezanya sahabat, teman, kawan dan member? Bukankah maksudnya sama? Sama tapi tak serupa. Bagi aku, member itu seperti kita sekadar tahu nama dan tuan punya badan. Kawan pula sekadar bertegur sapa, berselisih di mana-mana dan orang itu kita kenali luarannya sahaja. Teman pula adalah seseorang yang berada di sisi kita waktu kita tertawa bergembira. Dan SAHABAT pula adalah insan yang berada di sisi kita waktu suka dan duka... sentiasa menerima kelemahan dan kekurangan diri, berani menegur kesilapan kita dan senantiasa mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat. Namun untuk memiliki seorang sahabat itu bukan mudah kerana kita terlebih dahulu perlu menjadi seorang sahabat.

Sekadar gambar hiasan
Sepanjang aku meniti usia menuju kedewasaan, berbagai jenis manusia yang telah kutemui. Ada member, kawan, teman dan sahabat. Pernah di suatu ketika aku ditikam dari belakang oleh insan yang kusangkakan seorang sahabat, aku silap. Dia hanyalah seorang teman yang bertopengkan sahabat. Sakit dan peritnya hanya Allah tahu. Sejak itu, aku cukup sukar untuk menanamkan kepercayaan ke atas setiap huluran persahabatan. Takut pisang berbuah dua kali. Namun kuasa Allah, tika aku diuji dengan sebuah kegagalan, aku dipertemukan lagi dengan SAHABAT, bukan satu tapi banyak. Tatkala teman menghindar, sahabat-sahabat hadir memberi semangat dan sokongan tanpa jemu. Kupanjatkan syukur kehadratMu di atas kurniaan yang tidak ternilai ini.
Buat insan-insan yang bergelar sahabat buat diri ini... jutaan terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya, menjadi penawar di kala duka, menghadirkan senyuman di kala lara, menegur setiap kekhilafan yang kulakukan, memberi semangat tanpa jemu, sesungguhnya aku tak dapat membalasnya... syukran jazilan... Andai takdir memisahkan kita... ingatlah, jarak tidak pernah memisahkan kita kerana kalian senantiasa di hati ini. Kudoakan kita semua akan mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak... Amiin...
Dedikasi untuk Puteri aka Rahmah Saadi, Bakhtiar Affendy Othman, Ukhti Nasyitah Jamaludin dan insan-insan yang bergelar SAHABAT...

Sekadar gambar hiasan