Photobucket


..::Ceritera Seorang AKU::..



Sekadar ingin dikenali sebagai
{@} Ukhti Hasni {@}
{@} Puteri Iman {@}
{@} Kak Yong (KBM) {@}
{@} IsmiHasni {@}



Tentang Seorang Mara'ah...

"Aku hanyalah seorang insan yang berkelana di bumi Tuhan dalam kembara mencari cinta yang sebenar. Aku percaya andai aku bertemu cinta yang terAgung, hidupku akan cukup bahagia biar apa jua dugaan dan rintangan yang melanda... Demi-Nya, aku hidup di dunia ini... Kerana cinta-NYA, aku menjadi pemburu... Pemburu Cinta TerAgung... "



..::IKIM.fm::..



Nak dengar radio IKIM.fm? Klik ikon 'PLAY'









..::Bila Hati Berbicara::..





..::Searching 4 The True Love::..





..::Bicara Tilmizah::..





..::Buletin::..





..::Bicara Buat Muslimah::..





Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

..::Usrah JIM::..

::Indahnya Hidup Ini::

..::Laporan KBM-KL::..



..::JIM's Connection::..



..::KBM's LINK::..



..::Tautan Ukhuwwah::..




..::KBM-KL Advertisement::..

Jadual KBM -
Keindahan Bersama Mu
kawasan Kuala Lumpur/Selangor .

Satu lagi projek kemasyarakatan
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) -
'Bersama Islam Membina Masyarakat'

"Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"

Photobucket - Video and Image Hosting
KBM Bkt Sentosa
Masjid Bkt Sentosa

5-6 Julai 2008
(SELESAI)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM DUN Hulu Klang
Dewan Tmn Keramat

12-13 Julai 2008
(SELESAI)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM PJ
Taman Medan, PJ

26-27 Julai 2008
(TERDEKAT)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM Cheras Jaya
SMK Cheras Jaya

26-27 Julai 2008
(TERDEKAT)









..::My Sites::..

Free Talk

::Kegagalan atau Ujian?::
::Sahabat, Teman, Kawan atau Member?::
::Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?::
::Sehari Di RS::
::Love is Blind... ::
::Bingkai Kehidupan Remaja Palestine::
::Nilai RM5::
::Pertembungan Dua Dunia::
::Lambaian 2007::
::Berita Baik Vs Buruk::
::Ulangtahun Kelahiran Ke-23::



Bicara Novel

::Lama tak berkarya::
::Buku Baru Hlovate::


..::Tautan Ukhuwah::..



..::e-Novel Best::..




..::Nasyeed::..




..::Islamic Pages::..




..::Katalog Buku::..




..::Minda Tokoh::..




..::Komuniti::..




..::Karya Online::..





Album Gambar





Short Movie


..::Upin & Ipin::..

::Episod 1~Esok Puasa::
::Episod 2~Dugaan::
::Episod 3~Nikmat::
::Episod 4~Terawih::
::Episod 5~Esok Hari Raya::
::Episod 6~Raya::



Motivasi


..::Sejenak Bersama Dr Fadzilah::..

::Langkah Bijak Pelajar Terbilang::
::Langkah Bijak Guru Terbilang::
::Menerobos Sempadan Diri::
::Formula::



Bicara Ad-Din


..::Sejenak Bersama Dr Danial::..

Photobucket


::Ilmu Sebagai Peluru dan Penangkis::
::Ilmu Pintu Gerbang Segala Kebaikan::
::Sebuah Epilog::


..::Kalendar::..




..::Taqwim Solat::..




..::Time is Precious::..



My Japanese name is Shizuka Higashikuni.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.





..::Halwa Telinga::..



Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa





..::Status YM::..



Ukhti Hasni





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, January 07, 2008
..:: Lambaian 2007 ::..

Sedar tak sedar tahun 2007 telah pun aku lalui dengan pelbagai pahit manis ujian dariNYA. Kenapa aku katakan pahit manis ujian? Kerana yang pahit dan manis itu adalah ujian dariNYA, tidak semestinya ujian itu pahit semata tetapi perkara yang manis juga kadangkala merupakan ujian Allah ke atas hamba-hambaNYA yang terpilih. Itu memang tak dapat aku nafikan.

2007 yang baru berlalu telah menyaksikan pelbagai suka duka dalam aku bergelar seorang pelajar kolej. Mungkin pada mulanya agak sukar untuk aku menerima hakikat ini, tapi masa yang berlalu mengajar aku untuk menerima semua ini dengan redha. Dan akhirnya... aku temui juga hikmah di sebalik semua yang terjadi. Benar kata orang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi walaupun pahit untuk ditelan. Aku juga belajar untuk menggunakan peluang kedua ini sebaik mungkin kerana tidak semua orang bertuah untuk beroleh peluang kedua dan jika aku lepaskan peluang kedua ini, belum tentu lagi ada peluang ketiga buatku. Kini semua yang pernah aku lalui aku jadikan panduan dan teladan untuk diri sendiri dan aku tidak malu-malu lagi untuk berkongsi pengalaman aku pada junior-junior kerana aku telah berjaya membuktikan yang aku mampu bangkit kembali malah lebih cemerlang!

2007 juga menyaksikan aku telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi kursus Diploma Pendidikan Islam (Pendidikan Awal Kanak-kanak) semester 2 sesi 2006/2007 dengan GPA 3.9 dan CGPA 3.889. Aku juga telah berjaya mengekalkan pencapaian Dean List bagi setiap semester. Ini merupakan hadiah terbaik dari aku untuk emak. Sesungguhnya pengorbanan keluarga terutamanya mak dan ayah terlalu besar buat aku. Mungkin hadiah ini tak seberapa jika nak dibandingkan dengan nilai pengorbanan mereka tapi cukuplah untuk menggembirakan mereka setelah kekecewaan yang aku hadiahkan buat mereka lewat musim yang lalu. Pengorbanan mereka inilah yang menjadi 'tonik' untuk aku berusaha lebih gigih lagi.

Photobucket


6 Mei 2007, usiaku genap 22 tahun. Jika difikir-fikirkan agak banyak juga masa yang telah terbuang. Jika nak dibandingkan dengan rakan-rakanku yang seusia, masing-masing telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan ijazah, malah ada yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah dan master selain bekerja. Tapi...ya, setiap yang berlaku, setiap yang telah Allah SWT tetapkan adalah yang terbaik untuk aku kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Aku akui banyak ilmu yang telah kukutip sepanjang usia 22 tahun ini yang tak mungkin aku perolehi di dalam kelas mahupun dewan kuliah.

Mei 2007 juga telah mencatatkan pertemuan aku dengan sahabat-sahabat seperjuangan dari seberang Laut China Selatan yang cukup aku rindui semasa majlis pentauliahan PALAPES IPTA yang berlangsung di UiTM Shah Alam. Di sana aku berkesempatan bertemu Puan Melor, one of my respected senior. Bila bertemu Puan Melor...entah, susah nak digambarkan perasaan aku...bercampur baur. Puan Melor banyak memberi aku kata-kata nasihat dan semangat.

2007 juga menyaksikan aku mula terlibat dengan aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan di kolej. Aku telah secara automatik tersenarai dalam CEO List Club bila mendapat Dean List setiap semester. Aku juga telah diberikan amanah untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha III dalam Arabic Language Club (ALC) dan Biro Rehlah dalam Carier Guidance and Counselling Club (CG&CC).

Ramadhan yang lalu telah memberi peluang kepada aku untuk memuhasabah diri. Aku diuji dengan ujianNya sekali lagi. Tapi saat itu aku rasakan hidup aku telah sampai ke akhirnya. Semangatku hilang. Aku rasa tak berdaya untuk menghadapi ujianNya itu. Namun, tatkala aku bersedih, meratap nasib diri...aku tersentak! Ini bukan cara yang betul untuk menghadapi ujianNya. Lantas aku bangkit, kubaca KalamNya...dan kutemukan ketenangan. Akhirnya, aku dapat mencari penyelesaian kepada permasalahanku. Benarlah janji Allah, Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan setanding dengan kemampuan hambaNya itu. Ramadhan yang lalu juga aku berpelunag menjadi fasilitator dalam program 3R - Remaja Raikan Ramadhan anjuran Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang bertempat di Masjid Saidina Hamzah.

Photobucket


Aku juga menyertai Iftar JIM Daerah Batu dan Gombak di SRA Al-Amin. Lawatan dan Society Work ke Raudhatus Sakinah  yang terletak di Sungai Buloh telah mengeratkan ukhwah antara pelatih dan pelajar-pelajar IIC yang terdiri dari ahli ALC dan Business Communication Club. Mengenali pelatih-pelatih ini membuatkan aku kembali menilai diri. Akhowat, uhibbukum fillah abadan abada...

RS 1

Penghujung 2007 aku telah menyertai Apprentice Programme setelah melalui sesi temuduga. Arghh... aku yang fobia dengan perkataan 'temuduga' telah menjadi calon pertama. Dub dab dub dab jantung aku. Naik ketar lutut aku menunggu nama dipanggil. Pelbagai soalan telah diajukan dan diantaranya aku dikehendaki menyanyikan Nursery Songs. Alhamdulillah, aku berjaya menjawab dengan baik dan aku telah terpilih menjadi Apprentice Batch 4.

Sesungguhnya, 2007 banyak mencatakan pelbagai kisah suka duka hidupku. Moga 2008 turut membawa sinar untuk aku dan memberiku pelbagai ilmu untuk dijadikan bekalan sepanjang perjalanan kehidupan....

Posted at 09:39 am by IsmiHasni

IsmiHasni
April 16, 2008   04:20 PM PDT
 
Waalaikumussalam wahai ibu...sbg ank perempuan tunggal dlm keluarga,sy memahami perasaan soerg ibu...pastinya gusar andai anak yg dikandung selama 9 bulan, dididik dan dibesarkan, apabila dewasa tidak menjadi spt yg diharapkan...apa yg boleh sy katakan ibu, pohonlah doa byk2 pdNYA krn doa seorg ibu itu ssungguhnya tiada hijab...dan jgn putus asa utk mnasihati anakmu itu ibu...
ibu
April 13, 2008   05:08 AM PDT
 
Assalamualaikum....saya sdg berhdpan dgn masalah anak gadis berumur 16thn yg tdk minat pd pelajaran melainkan suka membuang masa bersama kawan2 dan keluar dgn teman lelaki... puas berlembut dan juga menegur dgn tegas namun seolah2 mencurah air ke daun keladi. Dia seolah2 tidak melihat ke hari hadapan jln mana yg akan dituju... saya sungguh buntu....
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry