Photobucket


..::Ceritera Seorang AKU::..



Sekadar ingin dikenali sebagai
{@} Ukhti Hasni {@}
{@} Puteri Iman {@}
{@} Kak Yong (KBM) {@}
{@} IsmiHasni {@}



Tentang Seorang Mara'ah...

"Aku hanyalah seorang insan yang berkelana di bumi Tuhan dalam kembara mencari cinta yang sebenar. Aku percaya andai aku bertemu cinta yang terAgung, hidupku akan cukup bahagia biar apa jua dugaan dan rintangan yang melanda... Demi-Nya, aku hidup di dunia ini... Kerana cinta-NYA, aku menjadi pemburu... Pemburu Cinta TerAgung... "



..::IKIM.fm::..



Nak dengar radio IKIM.fm? Klik ikon 'PLAY'









..::Bila Hati Berbicara::..





..::Searching 4 The True Love::..





..::Bicara Tilmizah::..





..::Buletin::..





..::Bicara Buat Muslimah::..





Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

..::Usrah JIM::..

::Indahnya Hidup Ini::

..::Laporan KBM-KL::..



..::JIM's Connection::..



..::KBM's LINK::..



..::Tautan Ukhuwwah::..




..::KBM-KL Advertisement::..

Jadual KBM -
Keindahan Bersama Mu
kawasan Kuala Lumpur/Selangor .

Satu lagi projek kemasyarakatan
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) -
'Bersama Islam Membina Masyarakat'

"Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa!"

Photobucket - Video and Image Hosting
KBM Bkt Sentosa
Masjid Bkt Sentosa

5-6 Julai 2008
(SELESAI)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM DUN Hulu Klang
Dewan Tmn Keramat

12-13 Julai 2008
(SELESAI)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM PJ
Taman Medan, PJ

26-27 Julai 2008
(TERDEKAT)


Photobucket - Video and Image Hosting

KBM Cheras Jaya
SMK Cheras Jaya

26-27 Julai 2008
(TERDEKAT)









..::My Sites::..

Free Talk

::Kegagalan atau Ujian?::
::Sahabat, Teman, Kawan atau Member?::
::Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?::
::Sehari Di RS::
::Love is Blind... ::
::Bingkai Kehidupan Remaja Palestine::
::Nilai RM5::
::Pertembungan Dua Dunia::
::Lambaian 2007::
::Berita Baik Vs Buruk::
::Ulangtahun Kelahiran Ke-23::



Bicara Novel

::Lama tak berkarya::
::Buku Baru Hlovate::


..::Tautan Ukhuwah::..



..::e-Novel Best::..




..::Nasyeed::..




..::Islamic Pages::..




..::Katalog Buku::..




..::Minda Tokoh::..




..::Komuniti::..




..::Karya Online::..





Album Gambar





Short Movie


..::Upin & Ipin::..

::Episod 1~Esok Puasa::
::Episod 2~Dugaan::
::Episod 3~Nikmat::
::Episod 4~Terawih::
::Episod 5~Esok Hari Raya::
::Episod 6~Raya::



Motivasi


..::Sejenak Bersama Dr Fadzilah::..

::Langkah Bijak Pelajar Terbilang::
::Langkah Bijak Guru Terbilang::
::Menerobos Sempadan Diri::
::Formula::



Bicara Ad-Din


..::Sejenak Bersama Dr Danial::..

Photobucket


::Ilmu Sebagai Peluru dan Penangkis::
::Ilmu Pintu Gerbang Segala Kebaikan::
::Sebuah Epilog::


..::Kalendar::..




..::Taqwim Solat::..




..::Time is Precious::..



My Japanese name is Shizuka Higashikuni.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.





..::Halwa Telinga::..



Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa





..::Status YM::..



Ukhti Hasni





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, November 01, 2007
.::Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung?::..

Minggu lalu sewaktu aku membelek-belek satu-persatu buku di library, aku terpandang sebuah buku berjudul "Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung". Niat di hati kala itu mahu mencari buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin. Judul "Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung" tulisan Ir. Endok Sempo Mohd Tahir itu menarik minatku untuk melihat isi kandungannya. Wah, menarik? Bisikku di dalam hati. Tiba-tiba satu soalan muncul di fikiranku. Mengapa aku bertudung ek?

Lahir sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga menjadikan aku membesar sebagai seorang anak gadis yang agak lasak. Dunia kanak-kanakku diwarnai dengan aktiviti mandi parit, memanjat pokok, juga berbasikal 'tawaf' kampung bersama-sama adik dan sepupu-sepupuku yang hampir kesemuanya lelaki. Pernah juga aku terjatuh ke dalam parit bersama basikal kesayanganku.

Mengimbas kembali putaran kehidupanku, detik awal aku bertudung dan terus berkekalan bermula ketika aku berumur 10 tahun. Tradisi di Johor (dulu sehingga sekitar tahun 2000), setiap pelajar darjah tiga sekolah kebangsaan akan memulakan sekolah agama pada waktu petang dalam darjah satu. Walaupun bersekolah agama di sebelah petang, aku sekadar bertudung sewaktu sesi persekolahan sahaja. Bertudung hanya bila ke sekolah. Detik perubahan ke atas diriku bermula ketika aku berada di dalam darjah dua sekolah agama. Ketika itu aku berumur 10 tahun. Aku masih ingat guru kelasku, Ustaz Mahmud Abd Rahim adalah pencetusnya. Hampir setiap hari Ustaz Mahmud akan bertanya kepada aku dan rakan-rakan sama ada kami menutup aurat atau tidak apabila keluar dari rumah. Ketika itu, aku merupakan pengawas di sekolah dan aku merupakan seorang yang suka dilihat sebagai yang terbaik bukan sahaja di pandangan mata guru-guru malah rakan-rakan.

Oleh kerana tidak mahu berbohong dan dimalukan di hadapan rakan-rakan, aku mula bertudungdan menutup aurat sepenuhnya bila keluar rumah bukan hanya bila ke sekolah. Ustaz Mahmud juga adalah insan yang telah mengenalkan aku dengan dunia 'Seni Khat' kerana menurut Ustaz tulisan jawiku cantik. Aku dipilih untuk mempelajari seni tulisan khat dan seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan seni khat hingga ke peringkat Negeri. Pencapaian itu sudah cukup baik bagi aku yang baru 'berkenalan' dengan dunia seni khat. Sejak itu aku menjadi rapat dengan Ustaz. Ustaz selalu menasihatkan aku untuk menjaga aurat dengan baik juga banyak membimbing aku dalam hal-hal agama. Kata Ustaz, "Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah." Itulah yang selalu Ustaz ucapkan. Di kala usiaku 10 tahun apalah yang dapat aku fahami dengan 'wanita solehah'? Bagi aku, wanita solehah adalah wanita yang baik. Baik dari segi apa? Entahlah?

Ketika aku menjejakkan kaki ke tingkatan satu, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bulat yang agak labuh. Sebenarnya dengan keputusan UPSR yang cemerlang, aku telah ditawarkan belajar di MRSM Kuala Klawang tapi oleh kerana aku anak perempuan tunggal, emak keberatan untuk melepaskan aku merantau jauh ke negeri orang kerana menurut kata emak, aku masih budak-budak. Masih hingusan. Aku sekadar mengikut kata emak, bersekolah di kampung. Lagipun emak mahu aku menamatkan persekolahan agamaku hingga ke peringkat Sijil Darjah Khas.

Semakin meningkat usiaku, aku mula mengenakan tudung labuh. Sejujurnya aku tidak tahu kenapa. Mungkin juga kerana tertarik dengan penampilan saudaraku yang bertudung labuh dan kejayaan kakak kepada sahabat baikku, Kak Ana yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti of Yarmouk, Jordan. Cabaran yang besar sebenarnya datang dari dalam diri aku sendiri.Bila negara dilanda gelombang trend tudung ala-ala Wardina, aku turut terkena tempiasnya. Namun aku masih bertudng labuh bila ke sekolah. Aku sendiri agak keliru dengan pendirianku ini. Lebih menyerupai lalang adakalanya.

Selepas SPM, aku melanjutkan pelajaran di sebuah pusat matrikulasi di Negeri Sembilan. Di sana aku dipertemukan dengan A dan melaluinya aku memahami konsep sebenar bertudung. A banyak membantu aku dalam memahami ilmu agama. Di bumi KMNS aku memperbaiki mutu ibadahku. Jika sebelum ini solatku tidak pernah diirinngi zikir munajat, aku mula mempraktikkannya. Di sini aku mula mewarnai solatku dengan solat-solat sunat. Semua ini berkat bimbingan dan dorongan dari A. Bukan aku tidak pernah belajar selama ini, hanya aku tidak pernah mempraktikkannya. Aku mula istiqamah bertudung labuh. Ramai di kalangan penuntut KMNS agak kurang selesa kerana pihak pentadbiran menguatkuasakan undang-undang seperti di sekolah berasrama, namun aku lebih selesa begini. Sekurang-kurangnya ia dapat mendisiplinkan diriku.

Disebabkan orang yang bertudung labuh dilabelkan sebagai 'ustazah', atau orang yang faham tentang agama, aku mula berdikit-dikit mendalami ilmu agama. Setelah terbebasnya aku dari belenggu 'kegagalan', kini aku dibukakan peluang seluas-luasnya oleh Allah S.W.T. untuk mendalami ilmuNYA di tempat aku menuntut kini. Mahu atau tidak sahaja. Dan kini aku giat mengikuti kelas-kelas agama seperti kelas aqidah, kelas fatwa ulama', kelas fiqh, kelas hadith dan kelas tajwid. Dan aku kini sedang mengusahakan agar dibuka kelas taranum di hostel kediamanku demi untuk memperbaiki mutu bacaan Al-Quranku.

Bagi aku kini, Islam bukan sekadar untuk dipelajari malah difahami dan diamalkan. Dengan ilmu tetapi tanpa amalan, aku tidak akan ke mana. Namun fenomena hari ini cukup menyedihkan aku. Ramai anak gadis yang bertudung sekadar untuk berfesyen. Malah mereka ini tanpa segan silu membuat maksiat di khalayak ramai. Ini sekaligus mencemarkan imej wanita bertudung. Kadang-kadang aku jadi malu untuk bertudung labuh kerana tidak mahu dilabelkan sama seperti mereka. Namun aku perlu kuat untuk menghadapi apa jua rintangan.

 ~ Islam is beautiful, Islam is the way of life ~


Posted at 03:57 pm by IsmiHasni

SUHAIL
April 23, 2008   05:45 PM PDT
 
Assalamualaikum, susahnya nak cari sekarang gadis berpurdah sekarang.. mmg sukar.. semoga Allah memberkati kamu..
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry