Alhamdulillah, minggu yang sibuk telah berlalu. Tapi rasanya minggu ini pun bakal melalui kesibukan yang berganda. Almaklumlah, minggu depan dah bermula demam final exam bagi semester 2 sesi 2007/2008.
Minggu lepas, ada berita baik dan berita buruk yang sampai ke pendengaranku. Aku mulakan dengan berita baik dulu. Pada hari Rabu yang lepas, tepat jam 1.00 petang, handphone kesayanganku mendendangkan lagu "Lafaz yang tersimpan" menandakan ada mesej yang masuk. Bila aku buka mesej tu, rupa-rupanya dari adik aku, Radzi. Alhamdulillah, dia berjaya mendapat 10A dalam peperiksaan SPM yang lalu. Kalau secara details, 7 1A, 3 2A dan 1 3B. Ha…ada B juge…nasiblah, tersangkut satu subject, kalau tak dapatlah straight As. Yang dapat B tu subjek EST (English 4 Science Techno). Memang mantap betul adik aku yang sorang ni. Aku sendiri terkial-kial nak dapatkan A masa SPM dulu…dia steady je dapat 10A. Tapi ye la, dia budak bijak, sekolah pun kat SMSJ (Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang). Aku sekolah kat kampung je. Ye la, dulu dapat MRSM Kuala Klawang tapi mak tak bagi pergi. Tapi okaylah life aku sekarang. Lebih tenang dan semua yang Allah telah tetapkan buat aku adalah yang terbaik sebenarnya. Dan itulah tanda kasih sayang Allah. Allah tempatkan aku di sini sebab Allah sayang sangat pada aku…alhamdulillah.
Berita baik yang kedua adalah, pada hari Rabu juga, aku secara rasmi telah dilantik sebagai ahli SRC (Student Representative Council) atau lebih dikenali sebagai MPP di IPT lain. Tapi aku berada di division mana masih tak pasti. Tunggu je la ye next meeting. Tapi yang pasti sebelum final exam aku kena hantar master planning selama setahun. Waa…camne nak buat ni…
Berita ketiga yang adalah aku akan menjadi peserta KBM – Keindahan BersamaMU di ADNI Islamic School pada 15 dan 16 Mac. Program ni memang best tahap tak ingat. Tunggukan entry aku nanti tentang program ni.
Sekarang berita buruk pula. Pada hari Selasa, tepat jam 3.30 petang, aku dikhabarkan oleh Madam Syai bahawa seorang rakan sekelasku, Wahida Ishak tellah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Dia telah dilanggar lari sewaktu dalam perjalanan pulang menghantar rakannya ke stesen komuter Sentul. Selesai kelas pada jam 5 petang, aku, Madam Syai dan 6 orang rakan yang lain bergegas ke Hospital Selayang untuk menziarah Wahida dengan menaiki dua buah kereta, Myvi dan Kancil. Wahida ditempatkan di wad ICU, tingkat 5, katil no 10. Kami dibenarkan masuk melawat secara bergilir-gilir seramai dua orang setiap kali. Bila tiba giliran aku dan Mira masuk, dadaku sebak melihat keadaan Wahida. Menurut jururawat, keadaannya tidak stabil tapi dia boleh mendengar.
Aku sempat berbisik ke telinganya memaklumkan kedatanganku. Sempat juga aku memintanya agar mengingati Allah, dan terus kuat menghadapi cubaannya. Andai Allah masih memberinya peluang sembuh dan meneruskan kehidupan, itu adalah peluang yang Allah berikan kepadanya untuk berubah. Selesai aku berkata-kata, tiba-tiba aku lihat jarinya bergerak. Lantas, aku bisikkan kalimah suci Allah di telinganya. Serentak, dadanya berombak dan badannya menggeletar. Aku sempat mendoakan agar dia segera sembuh dan seandainya dia dijemput Allah, biarlah dia kembali dalam keadaan diampuni Allah. Pada keesokkan harinya, aku mendapat berita bahawa dia telah membuka matanya. Namun keadaannya masih belum dapat dipastikan. Apa yang aku harapkan, kepada sesiapa yang membaca catatan ini, aku mohon doakanlah agar insan yang bernama Norwahida Ishak ini segera sembuh. Walaupun aku tidak begitu mengenalinya secara dekat namun hatiku turut tersentuh bila melihat Madam Syai menitiskan air mata tatkala mendapat tahu tentang kehidupan Wahida. Moga Allah mengampuninya! Dan satu amanah yang cukup berat telah tergalas di bahuku apabila Madam Syai meminta aku berbuat sesuatu untuk pelajar-pelajar wanita di kolej yang 'sakit'. Insyaallah, aku sedang merancang sesuatu dan dengan izin Allah, dengan sokongan naqibahku dan sahabat-sahabat KARISMA UIA, aku yakin aku boleh melakukannya. Doakan agar usahaku dipermudahkanNYA. Amiinn…