
Graphics for Happy Birthday Comments Alhamdulillah, tepat jam 3.45pagi hari Selasa, 6 Mei 2008, genaplah usia ana 23 tahun. Ertinya, sudah 23 tahun ana menghirup udara di muka bumi Allah ini. 23 tahun merupakan satu tempoh yang panjang, namun bila ana renung-renungkan kembali, betapa sedikitnya amalan ana jika nak dibandingkan dengan tempoh ana menghirup udara hak milik Allah ini. Dan amalan yang sedikit ini belum ada lagi jaminan akan diterima di sisi Allah S.W.T.
Terlebih dahulu ana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik-adik serumah ana yang telah mengadakan jamuan hari jadi 'mengejut' untuk ana. Memang ana tak menyangka! Dengan keletihan sepanjang hari di kolej, ana dikejutkan dengan kek hari jadi dan nyanyian 'Allah selamatkan kamu'. Syukran jazilan adik-adikku…

Kek Hari Jadi suprise adik-adik rumah.

Bersama adik-adik rumah. Dah la tak mandi lagi time tuh!

Sesi suap-menyuap!

Hadiah-hadiah dari Ukhti Nas (buku La Tahzan), i-Syah (pen holder), Syitah dan Su (mug) dan Zati (teddy kecik)
Alhamdulillah, bermula detik ana menjadi fasilitator semasa program 3R-Remaja Raikan Ramadhan di Masjid Saidina Hamzah pada bulan Ramadhan yang lalu, tertulis dalam dairi kehidupan ana detik perkenalan ana dengan JIM - Jamaah Islah Malaysia. Sebelum ini memang ana pernah mendengar nama 'JIM' tapi sekadar di media massa. Dan tatkala ana turut serta dalam iftar JIM Daerah Batu dan Gombak, ana mula tertarik dengan ukhuwwah yang bukan sekadar dapat ana saksikan, malah turut ana rasai walaupun tika itu hampir kesemuanya tidak mengenali ana. Dan ketika itu jugalah terjalin perkenalan ana dan Kak Misah, yang kini menjadi naqibah usrah ana. Sesungguhnya setiap yang berlaku, walaupun pahit ada hikmah yang tersembunyi. Jika ana tidak mengalami saat 'kejatuhan', mungkin ana tidak akan mengenali usrah dan pastinya ana tidak akan merasai keindahan program Keindahan Bersama Mu - KBM.
Bila menyebut tentang KBM, suka ana ingin berkongsi dengan pembaca luahan hati seorang sahabat sewaktu KBM Aktivis (KnL) di ADNI Islamic School pada 15 – 16 Mac 2008 selepas slot "Meniti Angin Malam 2". Ayuh kita renungkan...
…Bismillahirrahmanirrahim. Sesi ini memang real giler….betul-betul real. Manusia dan kepura-puraan. Saya secara zahirnya nampak baik, seorang da'ie yang mengaku dirinya Muslim, masih banyak berpura-pura dalam amalan, tetapi malam ini segala kepura-puraan telah ditelanjangkan. Saya masih belum bersedia bertemu dengan Allah. Apa bekalan yang saya bawa? Bukan sedikit bekalanku, tapi SIFAR! KOSONG! Tiada amalan yang hendak saya persembahkan kepada Allah. Malunya saya! Adakah Muhammad S.A.W. mahu mengaku saya umatnya? Bagilah saya peluang lagi!
Sebenarnya pada permulaan sesi, saya dah cuba set minda dan fikiran saya, ini Cuma program. Tak ada apa yang hendak ditakutkan. Tapi apabila kain kafan diletakkan di atas kepala, setiap helai bulu roma di badan saya meremang, tegak berdiri. Juga ketika saat simulasi seksaan di dalam kubur dilakukan, getarnya menusuk ke dalam lubuk hati, terasa bagaikan ingin teriak! "Ya Allah, berilah aku peluang untuk bernafas lagi!" Lega! Sangat lega pabila disuruh membuka kain kafan dan penutup mata di kepala. Nafasku masih ada, nadiku masih berdenyut dan jantungku masih berdetak! Oh, terima kasih ya Allah kerana memberi satu lagi peluang kepadaku untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaMu dan memikul beban dakwahMu. Ya Allah, jauhkanlah godaan-godaan syaitan dalam hati kami. Syaitan-syaitan durjana inilah yang menyebabkan kami tersungkur.
Allah itu Maha Baik! Baikkan Allah? Allah itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha dan Maha lagi. Malah jika kita rangkumkan semua itu sebagai maha baik. Allah baik kerana memberi saya peluang pada malam ini. Peluang menebus semula kesilapan yang saya lakukan. Maha Baiknya Allah. Terima kasih saya ucapkan kepada Pak Lang, Pak Cu, Pak Im, Pak Anjang, Kak Fida, Kak Muss dan semua penganjur yang telah memberi saya peluang untuk merasai dan mengalami simulasi seksaan kubur ini yang sangat memberi kesan. Semoga pengalaman malam ini bukanlah menjadi igauan ngeri tapi satu perubahan permulaan ke arah kebaikan. Ciumlah bau-bauan pada kain kafan kita tadi. Selesakan diri dengan bau-bauan tersebut kerana bau-bauan itulah yang akan menemani kita di hari-hari terakhir kita nanti.
Jazakumullahu khairaljaza'
Jazakumullahul jannah
Jazakumullah jaza'urrasulullah
Wallahu'alam bissawab...
Nukilan rasa Ukhti Hanina, KBM-ADNI, 15-16 Mac 2008.
Itulah dia, usia yang dianugerahkan oleh Allah sangatlah berharga. Kita sebagai hambaNYA, khalifahNYA, harus menjalankan tanggungjawab kita di dunia ini dengan sebaik-baiknya. Ada yang pernah berkata kepada ana 'Jangan sampai taksub!" bila ana mengatakan yang ana mengikuti usrah bersama JIM. Pada ana itu adalah suatu kenyataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang mengaku sebagai pejuang Islam atau da'ie apatah lagi dia adalah orang yang terpelajar. Bagi ana, tak kisah dalam kumpulan apa pun kita berada sama ada JIM, ABIM, PKPIM dan sebagainya kerana matlamat dan tujuan kita sama. Mungkin sumbangan ana dalam KBM terutamanya, terlalu kecil dan sedikit. Mungkin ada yang mengatakan, "Alah, insaf masa program je!" tapi ingatlah bahawa hidayah itu milik Allah. Apa yang dapat ana dan sahabat-sahabat yang lain lakukan hanya menunjuk jalan dan berdoa agar adik-adik kasih dan sayang diberi kelembutan hati dan dilapangkan dada serta diberikan hidayah oleh Allah. Sekurang-kurangnya ana dan sahabat-sahabat boleh menjawab soalan Allah di akhirat nanti tentang apa yang kami lakukan untuk membantu saudara-saudara seIslam yang lain. Ingin ana utarakan satu soalan untuk 'dia' dan insan-insan lain yang berpendapat sedemikian "Apa pula sumbangan anta/i untuk masyarakat? Kita dikurniakan akal oleh Allah yang merupakan kurniaan teristimewa, jadi fikir-fikirkanlah.
Ya Allah, hambaMu ini memanjatkan jutaan kesyukuran di atas segala nikmat usia yang Kau berikan, terima kasih yang teramat di atas nikmat iman dan Islam yang sungguh indah, terima kasih di atas nikmat ukhwah yang Kau kurniakan, terima kasih atas segala ujianMU yang menjadikan aku lebih kuat…
Ya Allah, tetapkanlah imanku, tetapkanlah hidayah ini buatku, tetapkanlah aku untuk terus berjuang di jalanMU ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambaMU yang tersangat lemah. Hanya kepadaMU tempat aku memohon pertolongan.
Ya Allah, kurniakanlah hidayahMU kepada ibu ayahku, kaum keluargaku, sahabat-sahabatku serta seluruh kaum muslimin dan muslimat. Berikanlah keselamatan, kesihatan yang baik serta permudahkanlah urusan mereka dalam memperjuangkan agamaMU.
Ya Allah, kurniakanlah aku seorang zauj yang dapat membimbingku menuju ke jalanMU. Anugerahkanlah aku seorang zauj dan anak-anak yang bisa menjadi penyejuk di mata dan penenang di hati. Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata 'ayun waja'allilmuttaqina imama… Amin, Amin ya rabbal 'alamin…
Posted at 05:39 pm by IsmiHasni